Sekarang ni memang panas betul cerita pasal kekejaman Israel. Macam2 statement dari pemimpin negara2 dunia and orang awam kita boleh baca pasal Israel nih. Ada yang ambil langkah memboikot, buat solat hajat, mengecam dan ada gak yang dok pakat ramai2 buat demontrasi jalanan. Siap bakar patung..bendera..semua la. Tapi Israel tetap buat bodoh. Aku rasa tak payah la buat demontrasi jalanan tu. Penat2 kita buat patung lepas tu bakar. Kita jugak yang rugi. Kos nak buat patung tu lagi. Kena apply cuti kerja lagi. Kita bukannya Thailand.
Sebagai muslim, kan lebih baik kita sama2 bersolat hajat. Allah pun suruh kita meminta pada Dia bukan bakar patung. Api kan kawan jin. Jin tu kawan Israel. Korg nak ke berkawan jin a.k.a Israel tu.. Hihi....
Selain tu, kita jugak boleh memboikot barangan Israel. Kali ni biar lah kita buat betul2. Jangan macam dulu. Kita boikot sekali barangan sekutu Israel, si US and Singapore tu. Jom pakat ramai2, kita bersatu hati untuk JAHANAM ISRAEL AND SEKUTUNYA. AMIN.. Semoga Allah swt membantu kita.
Firman Allah ;
Mendukung dan membantu golongan musyrik terhadap golongan muslim. Firman Allah:
Al Maidah: 51. Ertinya:
"Barang siapa mengangkat mereka (Yahudi dan Nasrani) di antara kamu, maka ia masuk golongan mereka. Sungguh Allah tidak menunjuki kaum yang aniaya".
ROKOK ;
-Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector’s Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince
-12 % keuntungannya adalah untuk Israel. Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD 80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI
MAKANAN ;
-Coca-Cola, McDonalds, Burger King, Pizza Hut, KFC, Nestle, Kit Kat, Nescafe, Maggie, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips, Danone, Jacob, M&M’s, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben’s, Whiskas
-Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel. Nestle pula dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.
KARTUN ;
-Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem, Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger
-Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.
PAKAIAN ;
-JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca
-Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.
TELEKOMUNIKASI ;
-Nokia, ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine, IBM, Intel
-Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL. Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.
KOSMETIK ;
-Johnson & Johnson, Revlon, L’Oreal, Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila.
-Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu. :utawan Ronald Perelman yang memilikki Revlon adalah seorang Zionis. Pengerusinya Est Lauder, Ronald Lauder pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.
TELEVISION ;
-20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins
-Murdoch’s New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.
LAIN-LAIN ;
-Kimberly-Clark, Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex , Head & Shoulders, Always, Pampers, Lux, Palmolive, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olay, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean, Gilette, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman, Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic, CAMPBELL, Kellogg, Canderel, Levis, Raid, Heinz.
Khamis, 10 Jun 2010
LIST BARANGAN ISRAEL
Dicatat oleh arissya di 8:12:00 PTG 0 ulasan
Rabu, 9 Jun 2010
TASTE SUAMI
Ramai perempuan idamkan suami yang perfect. Tapi kita nih perfect sangat ke sampai nak memilih sangat. Hidup berumah tanggakan untuk saling melengkapi apa yang kurang dan tegur menegur apa yang salah. Hari ini aku nak bagi ciri2 yang patut ada pada suami mengikut Islam.
1. Memiliki kepimpinan sebab suami yang perlu membimbing isteri. So jangan sampai daa istilah suami takut isteri. Sayang isteri tak apa.
2. Menghormati isteri. Saling saying menyayangi kerana ini akan bagi contoh kepada anak2 nanti.
3. Perhatikan pendapat isteri dan anak2 keran Islam mengajar kita untuk memusyawarah.
4. Tidak meremehkan dan abaikan kedudukan isteri.
5. Sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan rumahtangga daripada orang lain yang memenuhinya. Ingat keperluan bukan kemahuan.
6. Bersikap tenang. Jangan mudah marah. Sebab akan pengaruhi emosi isteri dan anak2.
7. Luangkan masa dengan anak2. Tanyalah masalahnya. Jangan biakan mereka rapat dengan orang lain berbanding kita.
8. Awasi pergerakkan anak2 dan teman2nya.
9. Adil kepada setiap isteri dalam segi pemberian hadiah atau perhatian. Ini untuk suami yang berpoligami.
10. Berjaya mengatur perjalanan hidupnya.
11. Bersikap matang dalam segala hal. Time nak manja dengan isteri tu lain la.
12. Sentiasa tenang ketika melangkah masuk ke rumah.
13. Jangan selalu meninggalkan rumah dan menjadikan rumah hanya tempat untuk tidur. Sebab orang2 yang di rumah sangat memerlukan suami dan bapa.
14. Selalu melontarkan kata-kata yang manis kepada isi rumah dan orang2 sekeliling.
15. Setia kepada isterinya dan jujur dalam setiap perbuatan dan perkataan, termasuk janji yang telah diberikan kepada isteri dan anak2.
16. Jangan lupa member hadiah sesekali kepada isteri dan anak2.
17. Sentiasa membawa isteri dan anak2 berkunjung ke rumah saudara mara untuk mengeratkan silaturahim dan bercuti.
Kepada lelaki, renung2kan selamat beramal.
Dicatat oleh arissya di 9:19:00 PTG 0 ulasan
TAUBAT PENZINA
Sekarang dunia dah moden. Kebanyakkan lelaki dan perempuan akan terlibat dengan persetubuhan sebelum nikah. Ada yang buat sebab memang nak kawin akan datang. Ada jugak yang saja2 mencari keseronokkan. Tapi Allah itu maha pengampun. Kalau korg rasa korg dah nak kembali ke jalan Allah, korg kena pastikan adakah korg betul2 bertaubat. Jangan hanya di mulut saja. Dekat sini aku bagi sikit ilmu yang aku ada untuk siapa2 yang dah terlanjur and ingin bertaubat secara betul. Aku dapat sumber nih dari buku Ust Hj Shihabudin Alang Mat Piah.
Syarat2 bertaubat yang tulus ;
• Hendaklah penzina itu betul2 menyesal terhadap apa yang dia lakukan. Sebab orang yang mengingati kejahatan zina tetapi merasa seronok menyebutnya kepada orang lain, bukanlah orang yang bertaubat. Sesungguhnya dia berada di dalam bahaya yang besar.
• Mesti meninggalkan dosa zina itu dan tidak mengulanginya.
• Hendaklah berniat dengan benar untuk tidak akan kembali berbuat zina sepanjang hidupnya.
Semoga taubat kita di terima Allah. Untuk lebih baik, selalu la sembahyang taubat sebab kadang2 kita tak perasan kita melakukan dosa dalam kehidupan seharian. Bila kita sentiasa bertaubat tentu hati kita tenang dan malu untuk melakukan dosa2 itu kembali. Tak kira la dosa kecik atau dosa besar. Allahualam...
Dicatat oleh arissya di 1:31:00 PG 0 ulasan
Isnin, 7 Jun 2010
TIPS IBU MENGANDUNG
Oleh kerana sekarang nih musim orang kawin and kebanyakkan semua bunting pelamin. So kat sini aku nak bagi sikit tips bagi ibu2 mengandung. Semoga anak dalam kandungan tu soleh and solehah. Yang paling penting supaya nanti nak bersalin senang sikit..
Antara amalan yang deperintahkan oeleh Allah swt semasa kita mengandung ialah :-
1. Banyakkan membaca Al-Quran – supaya kita tenang. Maklum lah masa mengandungkan emosi tak satbil sangat.
2. Membaca surah Yusuf – agar dapat anak soleh, cantik, taat dan sempurna.
3. Membaca surah Luqman – supaya anak bijaksana dan taat.
4. Mambaca surah Maryam – supaya mudah melahirkan dan memperoelehi anak yang sabar dan taat.
5. Selalu la berjemaah bersama2 suami – ketika solat dan membuat kerja. Supaya ibu lebih tenang dan gembira.
Doa ketika menjelang bersalin :-
1. Surah Al-Anbiya’ ayat 87
2. Ayat Kursi
3. Al-A’raf ayat 54
4. Surah Al-Falaq
5. Surah An-Nas
6. Doa ketika Nabi Nuh di dalam perut ikan paus ( Lailahailla....)
Dicatat oleh arissya di 10:29:00 PTG 0 ulasan
Khamis, 3 Jun 2010
HUTANG KAD KREDIT
Dicatat oleh arissya di 7:49:00 PTG 2 ulasan
Selasa, 1 Jun 2010
MEMBUJANG LAGI BEST
Ramai kawan2 yang cakap membujang lagi best.. dari kawin bercerai berai.. Betul ke?? Bagi aku la.. Sebenarnya kawin kan satu fitrah manusia... Rasa ingin dibelai, sharing problem and sure la untuk dapatkan zuriat.. Siapa tak nak anak beb.. Tipu kalau ada orang cakap dia tak nak kawin.. Aku rasa tu kat mulut je.. Dekat hati mesti lain.. Tu semua statement orang2 yang belum jumpa die punya soul mate.. Contoh yang semua orang nampak.. Umi Aida dulu selalu buat statement dia tak percaya perkahwinan.. See sekarang, dia bahagia dengan suami dia.. Dulu dia cakap macam tu sebab dia belum jumpa jodoh dia.. So, sebagai manusia biasa jangan la kita terlalu taksub dengan apa yang kita rasa sebab kadang2 ia akan berubah suatu hari nanti.. Aku pon pernah lalui benda2 cam tu and tengok dengan mata sendiri.
Yang penting kalau kita ingin masuk ke alam rumah tangga.. Kita suami isteri kena BERSEDIA sepenuhnya akan berubahan hidup 90%. Sebab bila dah kawin nih macam2 tanggungjawab kita kena pikul.. Bukan macam bujang dulu.. Hanya fikir untuk diri sendiri.. Kalau tak sanggup pikul tanggungjawab jangan la kawin dulu.. Kesian dekat pasangan hidup kita nanti.. Lagi satu, ILMU AGAMA sangat2 penting.. selalunya pergolakkan rumah tangga terjadi bila tak ada ilmu agama dalam diri tu. Tu yang banyak kes suami pukul isteri sampai lebam2.. Isteri ada lelaki lain.. Macam2 lagi la.. Hari2 dekat paper keluar cerita nih.. Kalaukita ada ilmu sure kita tak akan buat semua tu.. Sebab kita tau haram halal.
So kepada member2 yang bakal berkahwin tak lama lagi. Sediakan lah diri korg dengan ilmu yang secukupnya..
Dicatat oleh arissya di 8:12:00 PTG 0 ulasan
Isnin, 31 Mei 2010
WORLD vs ISRAEL
Gempar bila komando Israel menyerang kapal aktivis Turki Mavi Marmala... Macam-macam reaksi kita terima dari rakyat Malaysia, dunia dan pihak Israel sendiri... Israel meletakkan kesalahan kepada kapal aktivis kerana menyerang mereka dulu.. Betul ke?? Sebab sebelum konvoi bergerak pihak Israel telah membuat statement yang mereka akan MENYAMBUT BAIK konvoi dari luar itu.. So kenapa tiba2 mereka nak menyalahkan pihak aktivis.. Mereka pon aktivis bukannya pelampau.. Tak ada alasan kenapa Israel mesti serang kapal tu.. Semua alasan yang diorg bagi just untuk mengaburi mata dunia.. lebih2 lagi PBB and US yg sentiasa menyokong mereka.. Sebangai rakyat Malaysia and Muslim, kita kena bersatu untuk betul2 memboikot Israel... Kita berjuang la bersama2 rakyat Palestin and aktivis2 yg terlibat.. Kita tak dapat mengangkat senjata, at least kita buat apa yg kita mampu. Marilah kita sama2 berdoa and solat hajat supaya Israel hancur bersama sekutunya. Bila kita semua bersatu, Insya Allah kita akan lebih kuat.. Amin.... Semoga Allah swt mendengar doa kita.
Dicatat oleh arissya di 8:04:00 PTG 0 ulasan
Rabu, 26 Mei 2010
SIAPA NAK JADI POLIS ANGKAT TANGAN
Kepada sesiapa yg bercita2 nak jadi polis..Peluang terbuka sekarang..Sila dapatkan borang di balai polis berhampiran anda..Tarikh tutup 4 Jun 2010.. Aku nk apply perut dah membesar.. So bagi peluang kat korg2 la..hehe
Dicatat oleh arissya di 7:45:00 PG 0 ulasan
PEREMPUAN YG BAIK UNTUK LELAKI YG BAIK
Firman Allah yang bermaksud: “Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. [Surah al-Nur, ayat 26]
Dicatat oleh arissya di 6:32:00 PG 0 ulasan
BILA LELAKI NAIK TANGAN
Sekarang nih asyik kuar paper cite psl suami pukul isteri jek... Yang tengah pantang la.. Tengah memasak tetibe kene rodok la.. Hai.............mcm2..DONIA..DONIA.... Bg aku la... Hidup suami isteri nih kena la byk bersabar.. Jgn salah skit jek naik tangan..salah skit jek naik tangan...Sian kat isteri.. Dah la perempuan nih insan yg lemah...Lemah ke??? Sbb kadang2 ade gak kes suami pukul isteri sbb isteri ade lelaki lain.. Sebenarnya ape yg kita cari dlam rumah tangga.. Bila suka nikah..Dah bosan cari lain..
Aku ada tengok 1 rancangan kat tv3.. Dia kata sebelum kita kahwin..Kita kene tanye diri dulu..Dah bersedia kah kita dgn alam perkahwinan yang byk sgttttttt dugaan.. Rumah tangga aku pon xterkecuali.. Semua rumah tangga pasti ada masalah.. Tapi cara kita selesaikan masalah tu jek berbeza.. Samada dgn bergaduh smpi bercerai, bertumbuk atau kita muhasabah diri kita.. Aku nasihatkan kalo kita ada masalah better kita solat..tenangkan fikiran and berdoa pada Allah..Mak aku selalu pesan, marah adalah api..so untuk padamkan api tu amek la air sembahyang.. Insya Allah reda marah tu.. Nasihat nih aku tujukan utk diri aku jugak.. Sbb kadang2 aku pon emosi gak... Alhamdulillah Allah kurniakan aku suami yg penyabar.. Tapi aku kena la mengubah sikap negatif aku nih.. Kalo korg pon ade masalah cam aku ni better kita sama2 mengubah diri kita sblm terlambat..
Dicatat oleh arissya di 6:07:00 PG 0 ulasan
SUBSIDI
Kerajaan nk hapus kan subsidi???? Kalo la itu terjadi..abis la sume harga brg naik... Kalo gaji pon naik xde masalah..Nak hapuskn sume subsidi trus pon xpe..Tak payah berperingkat2....Hehe.. Kalo gaji naik la... Nape nak hapuskan subsidi tibe2... Adakah kerana kerajaan dah xde duit... Dah byk sgt hutang?? hm.... LU PIKIR LA SENDIRI... jgn menyusahkan rakyat sudah.. Kesian dekat org2 yang keje swasta yg bergaji kecik.. Org kerajaan boleh wat loan.. Swasta...?? Sekarang pon dah macam2 benda yg tak disebelah org2 swasta..Lebih2 lagi bergaji kecik.. Pape pon hidup kene diteruskn..
Dicatat oleh arissya di 5:55:00 PG 0 ulasan
Ahad, 23 Mei 2010
!!! C.E.R.A.I !!!
Hari ni aku nk share skit tentang perkara2 yg dilarang semasa di dalam idah.. Ni utk pompuan2 jek la.. Kalo laki nk bace leh gak.. Pas 2 sebarkan la ye..hehe..
- DI PINANG - bg perceraian hidup, hukumnya haram sama ada secara terang or sindiran. Bg perceraian krn kematian, haram secara terang tp harus dgn sindiran.
- KELUAR RUMAH YG DISEDIAKAN OLEH SUAMI - bg bercerai hidup dan cerai mati, haram tanpa keizinan suami kecuali bg keperluan syarak.
- MENGHIAS DIRI - cerai hidup, harus berhias bg idah talak raji, disunatkan tidak berhias bg idah talak bain. Bg cerai mati, diharamkan berhias.
- BERKAHWIN -bg cerai hidup, diharamkan berkahwin kecuali dgn suaminya. Bg cerai mati, diharamkan berkahwin.
Dicatat oleh arissya di 8:06:00 PTG 2 ulasan
PENJIMATAN HEBAT FOR FAMILY
Penjimatan hebat untuk parents yang baru or dah lama ada baby.. Korang boleh berjimat dengan membeli Cloth Diaper (CD) ini.. Tak percaya?? Meh aku tunjuk pengiraan nye.
Kos lampin pakai buang :
RM 1/pcs x 6 = RM 6/day
RM 6 x 365 = RM 2,190/year
RM 2,190 x 3 years = RM 6,570
( untuk seorang anak)
Kos Cloth Diaper :
1 pcs = RM 45
10 pcs = RM 460
( seorang baby juz perlu 10 pcs CD for 3 years)
So cuba korg pikirkn..Memang modal awal tu mahal..Tapi for a long time, korg leh jimat BESAR GILE..
Lagi pon skang kan zaman moden... Dulu lampin biasa.. Pas tu lampin pakai buang.. Sekarang zaman CD la plak.. Jom la try.. Utk penjimatan korg gak. Lagi satu, kami pon ada sediakan package utk belian nih. Pada yang berminat tu leh la contact2 aku..juz tinggalkan komen utk sebarang pertayaan.
Dicatat oleh arissya di 7:53:00 PTG 0 ulasan
Sabtu, 22 Mei 2010
MENU ; IKAN BAWAL MASAK MERAH
BAHAN :
- 1 ekor ikan bawal ( digoreng )
- 1 potong nenas dipotong kecil2
- 2 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 3 sudu makan puri tomato
- 3 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan air asam jawa
- Garam secukup rasa
- 3 camca minyak masak
- 1/2 cawan air
- Panaskan kuali. Kemudian tumiskan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk sekali. Masukkan sos puri, sos cili dan air asam jawa.
- Masukkan ikan bawal yang telah siap digoreng ke dalam bahan yang telah di tumis tadi.
- Masukkan nenas. Kacau seketika.
- Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.
Dicatat oleh arissya di 8:17:00 PTG 0 ulasan
Khamis, 20 Mei 2010
AKU ANAK SIAPA
Hehe..sure la aku anak mak bapak aku yg sah...saje jek aku nak cerita pasal tajuk Al-Kuliyah ptg nih..sape yg tak dpt tgk 2...leh la tgk kat web tv3 ye...tadi malam korg tgk tak Ehwal Islam sempana Hari Ibu...Ya Allah..bagus sangat2 budak2 rancangan adik-adikku..Diorg la panel tadi malam..Kalau nak banding ngan aku ilmu agama diorg memang jauh panggang dari api..Ya Allah..beri lah hamba mu ini anak yg soleh...Amin...at least mak nye bengong dapat anak alim pon ok la...hehehe..Tak de la..sure la mak bapak nye pon kene baik..baru dpt anak yg baik..betul tak?? Kat bawah nih aku nak selit kan skit firman Allah swt yg ade kene mengena ngan topik Al-Kuliyah ptg nih....Tgk jgn tak tgk...
Peringatan mengenai keburukan zina amat jelas melalui firman Allah:

Dicatat oleh arissya di 6:49:00 PTG 0 ulasan
Berlindung Dari Mala Petaka
| Daripada Ubai bin Kaab r.a. katanya: “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila sampai 1/3 malam baginda pun bangun lalu bersabda, “ Wahai sekalian manusia ingatlah kamu semua kepada Allah, telah datang goncangan yang pertama (gegaran/tiupan pertama) yang diikuti dengan peristiwa yang amat dahsyat (golombang/tiupan kedua) telah datang maut dengan bermacam-macam kesengsaraan, telah datang mati dengan bermacam-macam bentuk kesusahan (ketika datangnya sakaratul maut). Aku berkata:“ Ya Rasulullah, sesungguhnya aku akan memperbanyakkan selawat ke atasmu, maka sebanyak manakah yang aku perlu berselawat ke atasmu?” Baginda menjawab’ “Seberapa yang banyak kamu kehendaki”. Aku bertanya lagi, 1/4? Beliau menjawab, seberapa banyak yang kamu kehendaki maka jika kamu tambah ianya menjadi kebajikan (selamat) kepada kamu. Aku bertanya lagi, “Bagaimana jika separuh?” beliau menjawab, “ Seberapa banyak yang kamu kehendaki, maka jika kamu tambah menjadi kebajikan kepada kamu”. Aku bertanya lagi, “Bagaimana jika 2/3?” Baginda menjawab seberapa banyak yang kamu kehendaki, maka jika kamu tambah ianya menjadi kebajikan kepada kamu”. Aku bertanya lagi, “bagaimana jika aku jadikan sepenuhnya untuk berselawat kepada mu?” Baginda menjawab, “Oleh yang demikian segala kehendakmu akan dipenuhi dan diampuni segala dosamu”. |
| |
Dicatat oleh arissya di 6:34:00 PTG 0 ulasan
Rabu, 19 Mei 2010
MENU UNTUK MINUM PETANG
- 300 gm tepung gandum
- 2 biji pisang berangan
- 2 biji telur
- 1 sudu teh serbuk penaik
- Sedikit susu pekat
- Sedikit garam
- Sedikit gula
- Sedikit majerin
- Lenyek pisang kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk penaik. Gaul hingga sebati.
- Masukkn telur, susu, gula dan air. Gaul sehingga rata.
- Kemudian panaskan kuali dan sapu sedikit majerin.
- Masukkn adunan tadi dan tunggu sehingga masak.
- Hidangkan bersama madu atau susu cair.
Dicatat oleh arissya di 10:18:00 PTG 1 ulasan
PENGIRAAN TARIKH LAHIR DGN METAFIZIK
aku pernah ikut class Dr Azizan mengenai rahsia tarikh lahir..best la..kite leh tau mcm2 pasal diri kite...kalau korg nk tau serba sedikit tentang diri korg leh la aku tlg2 kira kn. Dgn metafizik nih..Korg leh tau sikap2 korg yg kdg2 korg xperasan pon..and korg leh tau kelebihan diri korg yg korg leh link kn dgn kerjaya yg sesuai tok korg...kalau nak try jom la..juz bg korg punye berday..
Dicatat oleh arissya di 10:10:00 PTG 0 ulasan
Jawatan Kosong di Institut Kefahaman Islam Malaysia
| Pembantu Juruteknik (Radio IKIM.fm) Gred 17 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Cara Permohonan Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta salinan dokumen yang berikut :- a) Butir-butir peribadi yang lengkap (resume/ curriculum vitae mengenai kelayakan dan pengalaman) b) Sekeping gambar berwarna berukuran passport (tidak dikembalikan) c) Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir dan lain-lain dokumen berkaitan jika ada. Surat permohonan beserta dokumen hendaklah sampai kepada : Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) 2, Langgak Tunku Off Jalan Duta 50480 KUALA LUMPUR (up: Bahagian Pentadbiran) Tel: 03-62046200 Faks: 03-62014189 sebelum atau selewat-lewatnya pada 31/05/2010 dengan menyatakan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat tersebut. Bagi calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Kuasa Tempatan, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan disertakan bersama. Catatan Am Salinan sijil-sijil yang dikemukakan hendaklah diakui sah oleh pegawai dari Kumpulan Pengurusan Profesional atau Penghulu/Ketua Kampung. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Permohonan tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Dicatat oleh arissya di 5:57:00 PTG 0 ulasan


