BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

MUTIARA KATA

" Serangan Israel adalah ketentuan Allah swt. Dengan serangan tersebut, semua umat Islam telah bersatu "

Cari Blog Ini

Terdapat ralat dalam alat ini

Khamis, 24 Jun 2010

TANGANI ANAK HYPERAKTIF

Anak hiperaktif seringkali dikaitkan dengan anak yang tak reti duduk diam. Ianya merungsingkan ibu bapa khususnya golongan ibu. Ibu bapa yang memiliki anak hiperaktif tentu sangat arif tentang sifat-sifat mereka... Kadang-kala kita terpaksa berfikir 2, 3 kali kalau nak bawa mereka ke majlis-majlis tertentu, takut-takut dia buat hal lagi!!?K.. Di sini ingin kami kongsikan 10 tips mudah, sedikit sebanyak ianya boleh membantu menangani masalah anak hiperaktif. Semoga ianya bermanfaat...Insyaallah.

10 tips menangani anak hiperaktif:

1.Disiplinkan anak hiperaktif dari awal dan jangan terlalu mengikut kecenderungan mereka supaya sikap hiperaktif mereka tersebut tidak terarah kepada perkara yang negatif.

2.Sentiasa berwaspada dalam mengawasi anak-anak hiperaktif kerana ada kalanya tindakan mereka boleh membahayakan. Segera menegur dan menasihati anak hiperaktif sekiranya apa yang mereka lakukan bakal mendatangkan akibat buruk.

3.Meluangkan lebih banyak masa untuk berkomunikasi dengan mereka. Jangan sekali-kali menampakkan kebencian kita terhadap mereka walaupun sikap dan tingkahlaku mereka tersebut kadang-kala memalukan serta mencetuskan perasaan marah (bengang!!)

4.Bersabar dan tidak bertindak memukul mereka sekiranya melakukan kesalahan atau melanggar peraturan yang kita tetapkan. Sebaliknya cuba memberi nasihat secara rasional (¡K.kena banyak sabaaar ƒº ).

5.Tukar perkataan ¡§jangan¡¨ kepada ayat yang lebih mendorong mereka mengikut arahan; Contohnya apabila mereka berlari-lari di dalam rumah, biasanya ibu bapa akan menjerit ¡§jangan lari¡¨, cuba tukarkan kepada perkataan ¡§Farid, boleh tak berjalan, kalau lari nanti jatuh¡¨. Dia akan ikut kejap, pastu lari lagi¡K jangan jemu memberi teguran!!

6.Jangan mengungkap kata-kata negatif seperti ¡§kenapa la kamu ni nakal sangat¡¨, bodoh atau seumpamanya kepada anak hiperaktif kerana kata-kata ibu bapa merupakan doa kepada mereka.

7.Pelbagaikan aktiviti bagi mengelak kebosanan. Ibu bapa perlu kreatif untuk menyediakan aktiviti atau memberi tugas mudah bagi menyibukkan mereka di dalam aktiviti yang bermanfaat. Contoh pelihara ikan, tanam bunga dan seumpamanya.

8.Cari kelebihan dalam diri mereka dan garap ke arah yang betul. Contohnya jika mereka bijak menghafal dialog di dalam tv, ajak mereka menghafal ayat-ayat pendek di dalam Al-Quran. Hafal ikut gaya iklan kegemaran atau ikut rentak nasyid (untuk permulaan hafalan).

9.Usaha berterusan mendidik anak hiperaktif hendaklah dilakukan tanpa jemu walaupun ianya lebih sukar dan mencabar berbanding kanak-kanak lain. jangan ¡¥give up¡¦ bercakap perkara yang sama kepada mereka

10.Dapatkan nasihat pakar sekiranya tahap hiperaktif anak kita
membimbangkan.

Walaupun demikian, kebiasaannya sifat hiperaktif beransur berkurangan ketika usia mereka mencecah 12 tahun.

Berdoa tanpa jemu dan akhir sekali bertawakkal kepada Allah s.w.t

Rabu, 23 Jun 2010

KEGUGURAN

Dulu aku pernah gugur. Macam2 aku terima kata semangat dari member2 aku. Thanks korg sebab sentiasa bersama aku. Emosi sikit...Tapi aku bukan nak cerita pasal aku dekat sini. Aku nak cerita pasal satu ruangan agama yang aku baca.

Ramai orang kata bila kita gugur atau anak kecik kita meninggal dunia, nanti baby tu akan mendoakan ibu bapa dia. Ibarat kita dah ada saham dalam syurga. Ini yang aku nak cerita sebenarnya. Aku nak share apa yang ustad tu tulis dekat artikel dia tu.
Sebenarnya, baby kita yang dah pergi tu tidak mendoakan ibu bapanya supaya dapat saham sikit dalam syurga. Atau maksud lain tidak membantu kita untuk masuk syurga. Sebab Allah swt tak pernah menjanjikan tu semua. Allah swt cuma berjanji untuk menyatukan semula baby tu dengan kita ketika di syurga nanti.

Sebab, setiap manusia akan di timbang atas dosa dan pahalanya mengikut apa yang dia buat di dunia. Allah swt tidak pernah berkata manusia akan menerima balasan daripada perbuatan orang lain. Apa yang kita terima adalah kerana perbuatan kita. Tak kira la berapa banyak kandungan kita telah pergi sebelum sempat melihat dunia. Si ibu and bapa akan tetap menerima balasan atas perbuatannya. Seperti dalam ayat ni.

An Nisaak:111.

Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.


Dan Allah menekankan lagi betapa setiap kesalahan di dunia akan di balas setimpal dengannya sebagaimana firman Allah swt berikut dalam

surah Ghafir: 40-:

Ertinya: Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka dia tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh dari lelaki atau perempuan sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga; mereka beroleh rezeki di dalam Syurga itu dengan tidak dihitung.

Dan surah Yunus: 27: Ertinya:

“Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan, balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding / setimpal dengannya serta akan ditimpakan kehinaan; ........”



So, jangan ingat kita pernah gugur, kita akan selamat di sana. Kalau macam tu apa akan jadi pada pelacur2 yang selalu gugurkan kandungan. Adakah diorg akan dapat saham di akhirat nanti? Lu pikir la sendiri..

Isnin, 14 Jun 2010

BELI BARANG MALAYSIA - TOLONGLAH NEGARA KITA

Dekat paper asyik cerita pasal hutang negara je. Nisbah hutang negara dengan income KDNK kita 60%. Hm..mampu ke negara kita nak tampung hutang yang berbillion2 tu sedangkan hutang lebih besar dari income. PM kata negara kita takkan bankrap sebab hutang tahun lepas lebih rendah dari hutang tahun nih.. Memang la turun tapi masih di tahap membimbangkan sebab cuma turun dari RM 236.18 billion ke RM 233.92 billion. Tak ke turun RM 2.26 billion atau 0.95% jek. Macam tak ada perubahan jek. Itu semua ayat untuk menyedapkan hati rakyat jek.

Aku rasa setiap lapisan masyarakat kena berganding bahu untuk bantu negara kita. Pemimpin kena kurangkan belanja2 yang lebih banyak merugikan negara. Contohnya PLKN yang tak nampak pun kesan positifnya. Makin banyak masalah social adalah. Lepas tu, projek permata pintar. Sekolah dah siap tapi student tak ada. Tak ke membazir namanya tu. Itu tanggungjawab kerajaan.

Kita sebangai rakyat Malaysia pun boleh menyumbang jugak. Jangan sampai negara kita muflis macam negara Greece and Iceland. Rakyat bergantung sepenuhnya pada bantuan makanan. Sampai berebut2. Nak ke kita hidup macam tu. So, salah satu caranya ialah dengan membeli barangan Malaysia. At least duit kita tak ada la membazir sangat kena bayar duti import pada negara2 luar yang semakin kaya tu.

KALENDAR TENTATIF EKSPO BELI BARANGAN MALAYSIA 2010

1. PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA (PWTC), KUALA LUMPUR 16-20 JUN
2. KUANTAN PARADE, PAHANG 22–25 JULAI
3. MELAKA INTERNATIONAL TRADE CENTRE (MITC) 5–8 OGOS/8–11 OKTOBER
4. PENANG INTERNATIONAL SPORTS AREA (PISA) 11–14 NOVEMBER
5. PERSADA JOHOR, JOHOR BAHRU 25-26 APRIL
6. SURIA SABAH 25–28 NOVEMBER
7. BINTANG MALL, MIRI, SARAWAK 9–12 DISEMBER



Khamis, 10 Jun 2010

LIST BARANGAN ISRAEL

Sekarang ni memang panas betul cerita pasal kekejaman Israel. Macam2 statement dari pemimpin negara2 dunia and orang awam kita boleh baca pasal Israel nih. Ada yang ambil langkah memboikot, buat solat hajat, mengecam dan ada gak yang dok pakat ramai2 buat demontrasi jalanan. Siap bakar patung..bendera..semua la. Tapi Israel tetap buat bodoh. Aku rasa tak payah la buat demontrasi jalanan tu. Penat2 kita buat patung lepas tu bakar. Kita jugak yang rugi. Kos nak buat patung tu lagi. Kena apply cuti kerja lagi. Kita bukannya Thailand.

Sebagai muslim, kan lebih baik kita sama2 bersolat hajat. Allah pun suruh kita meminta pada Dia bukan bakar patung. Api kan kawan jin. Jin tu kawan Israel. Korg nak ke berkawan jin a.k.a Israel tu.. Hihi....
Selain tu, kita jugak boleh memboikot barangan Israel. Kali ni biar lah kita buat betul2. Jangan macam dulu. Kita boikot sekali barangan sekutu Israel, si US and Singapore tu. Jom pakat ramai2, kita bersatu hati untuk JAHANAM ISRAEL AND SEKUTUNYA. AMIN.. Semoga Allah swt membantu kita.

Firman Allah ;

Mendukung dan membantu golongan musyrik terhadap golongan muslim. Firman Allah:
Al Maidah: 51. Ertinya:

"Barang siapa mengangkat mereka (Yahudi dan Nasrani) di antara kamu, maka ia masuk golongan mereka. Sungguh Allah tidak menunjuki kaum yang aniaya".


ROKOK ;

-Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector’s Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince

-12 % keuntungannya adalah untuk Israel. Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD 80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI

MAKANAN ;

-Coca-Cola, McDonalds, Burger King, Pizza Hut, KFC, Nestle, Kit Kat, Nescafe, Maggie, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips, Danone, Jacob, M&M’s, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben’s, Whiskas

-Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel. Nestle pula dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

KARTUN ;

-Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem, Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger

-Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.

PAKAIAN ;

-JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca

-Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.

TELEKOMUNIKASI ;

-Nokia, ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine, IBM, Intel

-Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL. Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

KOSMETIK ;

-Johnson & Johnson, Revlon, L’Oreal, Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila.

-Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu. :utawan Ronald Perelman yang memilikki Revlon adalah seorang Zionis. Pengerusinya Est Lauder, Ronald Lauder pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.

TELEVISION ;

-20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins

-Murdoch’s New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.

LAIN-LAIN ;

-Kimberly-Clark, Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex , Head & Shoulders, Always, Pampers, Lux, Palmolive, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olay, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean, Gilette, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman, Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic, CAMPBELL, Kellogg, Canderel, Levis, Raid, Heinz.

Rabu, 9 Jun 2010

TASTE SUAMI

Ramai perempuan idamkan suami yang perfect. Tapi kita nih perfect sangat ke sampai nak memilih sangat. Hidup berumah tanggakan untuk saling melengkapi apa yang kurang dan tegur menegur apa yang salah. Hari ini aku nak bagi ciri2 yang patut ada pada suami mengikut Islam.

1. Memiliki kepimpinan sebab suami yang perlu membimbing isteri. So jangan sampai daa istilah suami takut isteri. Sayang isteri tak apa.

2. Menghormati isteri. Saling saying menyayangi kerana ini akan bagi contoh kepada anak2 nanti.

3. Perhatikan pendapat isteri dan anak2 keran Islam mengajar kita untuk memusyawarah.

4. Tidak meremehkan dan abaikan kedudukan isteri.

5. Sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan rumahtangga daripada orang lain yang memenuhinya. Ingat keperluan bukan kemahuan.

6. Bersikap tenang. Jangan mudah marah. Sebab akan pengaruhi emosi isteri dan anak2.

7. Luangkan masa dengan anak2. Tanyalah masalahnya. Jangan biakan mereka rapat dengan orang lain berbanding kita.

8. Awasi pergerakkan anak2 dan teman2nya.

9. Adil kepada setiap isteri dalam segi pemberian hadiah atau perhatian. Ini untuk suami yang berpoligami.

10. Berjaya mengatur perjalanan hidupnya.

11. Bersikap matang dalam segala hal. Time nak manja dengan isteri tu lain la.

12. Sentiasa tenang ketika melangkah masuk ke rumah.

13. Jangan selalu meninggalkan rumah dan menjadikan rumah hanya tempat untuk tidur. Sebab orang2 yang di rumah sangat memerlukan suami dan bapa.

14. Selalu melontarkan kata-kata yang manis kepada isi rumah dan orang2 sekeliling.

15. Setia kepada isterinya dan jujur dalam setiap perbuatan dan perkataan, termasuk janji yang telah diberikan kepada isteri dan anak2.

16. Jangan lupa member hadiah sesekali kepada isteri dan anak2.

17. Sentiasa membawa isteri dan anak2 berkunjung ke rumah saudara mara untuk mengeratkan silaturahim dan bercuti.

Kepada lelaki, renung2kan selamat beramal.

TAUBAT PENZINA

Sekarang dunia dah moden. Kebanyakkan lelaki dan perempuan akan terlibat dengan persetubuhan sebelum nikah. Ada yang buat sebab memang nak kawin akan datang. Ada jugak yang saja2 mencari keseronokkan. Tapi Allah itu maha pengampun. Kalau korg rasa korg dah nak kembali ke jalan Allah, korg kena pastikan adakah korg betul2 bertaubat. Jangan hanya di mulut saja. Dekat sini aku bagi sikit ilmu yang aku ada untuk siapa2 yang dah terlanjur and ingin bertaubat secara betul. Aku dapat sumber nih dari buku Ust Hj Shihabudin Alang Mat Piah.

Syarat2 bertaubat yang tulus ;

• Hendaklah penzina itu betul2 menyesal terhadap apa yang dia lakukan. Sebab orang yang mengingati kejahatan zina tetapi merasa seronok menyebutnya kepada orang lain, bukanlah orang yang bertaubat. Sesungguhnya dia berada di dalam bahaya yang besar.
• Mesti meninggalkan dosa zina itu dan tidak mengulanginya.
• Hendaklah berniat dengan benar untuk tidak akan kembali berbuat zina sepanjang hidupnya.

Semoga taubat kita di terima Allah. Untuk lebih baik, selalu la sembahyang taubat sebab kadang2 kita tak perasan kita melakukan dosa dalam kehidupan seharian. Bila kita sentiasa bertaubat tentu hati kita tenang dan malu untuk melakukan dosa2 itu kembali. Tak kira la dosa kecik atau dosa besar. Allahualam...

Isnin, 7 Jun 2010

TIPS IBU MENGANDUNG

Oleh kerana sekarang nih musim orang kawin and kebanyakkan semua bunting pelamin. So kat sini aku nak bagi sikit tips bagi ibu2 mengandung. Semoga anak dalam kandungan tu soleh and solehah. Yang paling penting supaya nanti nak bersalin senang sikit..
Antara amalan yang deperintahkan oeleh Allah swt semasa kita mengandung ialah :-
1. Banyakkan membaca Al-Quran – supaya kita tenang. Maklum lah masa mengandungkan emosi tak satbil sangat.
2. Membaca surah Yusuf – agar dapat anak soleh, cantik, taat dan sempurna.
3. Membaca surah Luqman – supaya anak bijaksana dan taat.
4. Mambaca surah Maryam – supaya mudah melahirkan dan memperoelehi anak yang sabar dan taat.
5. Selalu la berjemaah bersama2 suami – ketika solat dan membuat kerja. Supaya ibu lebih tenang dan gembira.

Doa ketika menjelang bersalin :-
1. Surah Al-Anbiya’ ayat 87
2. Ayat Kursi
3. Al-A’raf ayat 54
4. Surah Al-Falaq
5. Surah An-Nas
6. Doa ketika Nabi Nuh di dalam perut ikan paus ( Lailahailla....)

Khamis, 3 Jun 2010

HUTANG KAD KREDIT


Aku ada 2 tips cara untuk bayar hutang kad kredit yang dah meningkat sampai tak mampu dah nak bayar. Untuk hari ni aku bagi tip pertama dulu.
Cara pertama ;
·         Cara ni bila korg ada banyak kad kredit and semuanya dah limit. Income bulanan korg pun tak mampu nak langsaikan hutang2 tersebut. Maklumlah, kita pun nak makan and shopping jugak.
·         1st, korg try la survey personal loan yang interest dia murah sekarang nih. Aku bagi contoh Eon Bank or OUB sekarang nih kira murah la. Tapi korg try la survey lagi.
·         2nd, korg kira total hutang kad kredit korg tu. Sebab korg kena buat personal loan untuk cover semua hutang2 kad kredit korg tu.
·         Mesti korg pelik. Nak bayar hutang tapi kena berhutang jugak. So, sama dengan je. Sabar2.. Aku terangkan.
·         Kalau korg bayar kad kredit korg tu dengan bayaran minimum, sure korg kena interest setiap bulan kan. Itu tak macam korg bayar interest je ke setiap bulan. Pokoknya bila lagi?? Dah la bayaran minimum pun kadang2 cecah RM500 sebulan. Depends pada kredit limit korg la.
·         Cuba korg buat personal loan untuk bayar kad kredit. Korg dah tak kena interest setiap bulan sebab dah tak berhutang. Tinggal bayar loan every month je. Bayar loan selalunya tak sampai RM500 pun sebulan.
·         So dekat situ, korg boleh clear kan hutang kad kredit korg daripda dikenakan interest setiap bulan and korg boleh menambah pendapatan boleh guna korg. Sebab bayaran loan lebih rendah dari bayaran kad kredit tu.
Kalau semua masalah dah settle lepas nih jangan nak shopping bukan2 lagi dengan kad kredit. Tak kan nak buat personal loan lagi bila dah kredit limit nanti. So beringat2 sikit bila shopping tu. Rajin2kan lah guna cash money. Ada duit shopping, tak ada duit duduk rumah diam2. Kepala pun tak pening fikir hutang.