BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

MUTIARA KATA

" Serangan Israel adalah ketentuan Allah swt. Dengan serangan tersebut, semua umat Islam telah bersatu "

Cari Blog Ini

Isnin, 14 Jun 2010

BELI BARANG MALAYSIA - TOLONGLAH NEGARA KITA

Dekat paper asyik cerita pasal hutang negara je. Nisbah hutang negara dengan income KDNK kita 60%. Hm..mampu ke negara kita nak tampung hutang yang berbillion2 tu sedangkan hutang lebih besar dari income. PM kata negara kita takkan bankrap sebab hutang tahun lepas lebih rendah dari hutang tahun nih.. Memang la turun tapi masih di tahap membimbangkan sebab cuma turun dari RM 236.18 billion ke RM 233.92 billion. Tak ke turun RM 2.26 billion atau 0.95% jek. Macam tak ada perubahan jek. Itu semua ayat untuk menyedapkan hati rakyat jek.

Aku rasa setiap lapisan masyarakat kena berganding bahu untuk bantu negara kita. Pemimpin kena kurangkan belanja2 yang lebih banyak merugikan negara. Contohnya PLKN yang tak nampak pun kesan positifnya. Makin banyak masalah social adalah. Lepas tu, projek permata pintar. Sekolah dah siap tapi student tak ada. Tak ke membazir namanya tu. Itu tanggungjawab kerajaan.

Kita sebangai rakyat Malaysia pun boleh menyumbang jugak. Jangan sampai negara kita muflis macam negara Greece and Iceland. Rakyat bergantung sepenuhnya pada bantuan makanan. Sampai berebut2. Nak ke kita hidup macam tu. So, salah satu caranya ialah dengan membeli barangan Malaysia. At least duit kita tak ada la membazir sangat kena bayar duti import pada negara2 luar yang semakin kaya tu.

KALENDAR TENTATIF EKSPO BELI BARANGAN MALAYSIA 2010

1. PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA (PWTC), KUALA LUMPUR 16-20 JUN
2. KUANTAN PARADE, PAHANG 22–25 JULAI
3. MELAKA INTERNATIONAL TRADE CENTRE (MITC) 5–8 OGOS/8–11 OKTOBER
4. PENANG INTERNATIONAL SPORTS AREA (PISA) 11–14 NOVEMBER
5. PERSADA JOHOR, JOHOR BAHRU 25-26 APRIL
6. SURIA SABAH 25–28 NOVEMBER
7. BINTANG MALL, MIRI, SARAWAK 9–12 DISEMBER



0 ulasan: