BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

MUTIARA KATA

" Serangan Israel adalah ketentuan Allah swt. Dengan serangan tersebut, semua umat Islam telah bersatu "

Cari Blog Ini

Rabu, 23 Jun 2010

KEGUGURAN

Dulu aku pernah gugur. Macam2 aku terima kata semangat dari member2 aku. Thanks korg sebab sentiasa bersama aku. Emosi sikit...Tapi aku bukan nak cerita pasal aku dekat sini. Aku nak cerita pasal satu ruangan agama yang aku baca.

Ramai orang kata bila kita gugur atau anak kecik kita meninggal dunia, nanti baby tu akan mendoakan ibu bapa dia. Ibarat kita dah ada saham dalam syurga. Ini yang aku nak cerita sebenarnya. Aku nak share apa yang ustad tu tulis dekat artikel dia tu.
Sebenarnya, baby kita yang dah pergi tu tidak mendoakan ibu bapanya supaya dapat saham sikit dalam syurga. Atau maksud lain tidak membantu kita untuk masuk syurga. Sebab Allah swt tak pernah menjanjikan tu semua. Allah swt cuma berjanji untuk menyatukan semula baby tu dengan kita ketika di syurga nanti.

Sebab, setiap manusia akan di timbang atas dosa dan pahalanya mengikut apa yang dia buat di dunia. Allah swt tidak pernah berkata manusia akan menerima balasan daripada perbuatan orang lain. Apa yang kita terima adalah kerana perbuatan kita. Tak kira la berapa banyak kandungan kita telah pergi sebelum sempat melihat dunia. Si ibu and bapa akan tetap menerima balasan atas perbuatannya. Seperti dalam ayat ni.

An Nisaak:111.

Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.


Dan Allah menekankan lagi betapa setiap kesalahan di dunia akan di balas setimpal dengannya sebagaimana firman Allah swt berikut dalam

surah Ghafir: 40-:

Ertinya: Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka dia tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh dari lelaki atau perempuan sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga; mereka beroleh rezeki di dalam Syurga itu dengan tidak dihitung.

Dan surah Yunus: 27: Ertinya:

“Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan, balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding / setimpal dengannya serta akan ditimpakan kehinaan; ........”



So, jangan ingat kita pernah gugur, kita akan selamat di sana. Kalau macam tu apa akan jadi pada pelacur2 yang selalu gugurkan kandungan. Adakah diorg akan dapat saham di akhirat nanti? Lu pikir la sendiri..

0 ulasan: