BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

MUTIARA KATA

" Serangan Israel adalah ketentuan Allah swt. Dengan serangan tersebut, semua umat Islam telah bersatu "

Cari Blog Ini

Khamis, 24 Jun 2010

TANGANI ANAK HYPERAKTIF

Anak hiperaktif seringkali dikaitkan dengan anak yang tak reti duduk diam. Ianya merungsingkan ibu bapa khususnya golongan ibu. Ibu bapa yang memiliki anak hiperaktif tentu sangat arif tentang sifat-sifat mereka... Kadang-kala kita terpaksa berfikir 2, 3 kali kalau nak bawa mereka ke majlis-majlis tertentu, takut-takut dia buat hal lagi!!?K.. Di sini ingin kami kongsikan 10 tips mudah, sedikit sebanyak ianya boleh membantu menangani masalah anak hiperaktif. Semoga ianya bermanfaat...Insyaallah.

10 tips menangani anak hiperaktif:

1.Disiplinkan anak hiperaktif dari awal dan jangan terlalu mengikut kecenderungan mereka supaya sikap hiperaktif mereka tersebut tidak terarah kepada perkara yang negatif.

2.Sentiasa berwaspada dalam mengawasi anak-anak hiperaktif kerana ada kalanya tindakan mereka boleh membahayakan. Segera menegur dan menasihati anak hiperaktif sekiranya apa yang mereka lakukan bakal mendatangkan akibat buruk.

3.Meluangkan lebih banyak masa untuk berkomunikasi dengan mereka. Jangan sekali-kali menampakkan kebencian kita terhadap mereka walaupun sikap dan tingkahlaku mereka tersebut kadang-kala memalukan serta mencetuskan perasaan marah (bengang!!)

4.Bersabar dan tidak bertindak memukul mereka sekiranya melakukan kesalahan atau melanggar peraturan yang kita tetapkan. Sebaliknya cuba memberi nasihat secara rasional (¡K.kena banyak sabaaar ƒº ).

5.Tukar perkataan ¡§jangan¡¨ kepada ayat yang lebih mendorong mereka mengikut arahan; Contohnya apabila mereka berlari-lari di dalam rumah, biasanya ibu bapa akan menjerit ¡§jangan lari¡¨, cuba tukarkan kepada perkataan ¡§Farid, boleh tak berjalan, kalau lari nanti jatuh¡¨. Dia akan ikut kejap, pastu lari lagi¡K jangan jemu memberi teguran!!

6.Jangan mengungkap kata-kata negatif seperti ¡§kenapa la kamu ni nakal sangat¡¨, bodoh atau seumpamanya kepada anak hiperaktif kerana kata-kata ibu bapa merupakan doa kepada mereka.

7.Pelbagaikan aktiviti bagi mengelak kebosanan. Ibu bapa perlu kreatif untuk menyediakan aktiviti atau memberi tugas mudah bagi menyibukkan mereka di dalam aktiviti yang bermanfaat. Contoh pelihara ikan, tanam bunga dan seumpamanya.

8.Cari kelebihan dalam diri mereka dan garap ke arah yang betul. Contohnya jika mereka bijak menghafal dialog di dalam tv, ajak mereka menghafal ayat-ayat pendek di dalam Al-Quran. Hafal ikut gaya iklan kegemaran atau ikut rentak nasyid (untuk permulaan hafalan).

9.Usaha berterusan mendidik anak hiperaktif hendaklah dilakukan tanpa jemu walaupun ianya lebih sukar dan mencabar berbanding kanak-kanak lain. jangan ¡¥give up¡¦ bercakap perkara yang sama kepada mereka

10.Dapatkan nasihat pakar sekiranya tahap hiperaktif anak kita
membimbangkan.

Walaupun demikian, kebiasaannya sifat hiperaktif beransur berkurangan ketika usia mereka mencecah 12 tahun.

Berdoa tanpa jemu dan akhir sekali bertawakkal kepada Allah s.w.t

0 ulasan: