BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

MUTIARA KATA

" Serangan Israel adalah ketentuan Allah swt. Dengan serangan tersebut, semua umat Islam telah bersatu "

Cari Blog Ini

Rabu, 9 Jun 2010

TASTE SUAMI

Ramai perempuan idamkan suami yang perfect. Tapi kita nih perfect sangat ke sampai nak memilih sangat. Hidup berumah tanggakan untuk saling melengkapi apa yang kurang dan tegur menegur apa yang salah. Hari ini aku nak bagi ciri2 yang patut ada pada suami mengikut Islam.

1. Memiliki kepimpinan sebab suami yang perlu membimbing isteri. So jangan sampai daa istilah suami takut isteri. Sayang isteri tak apa.

2. Menghormati isteri. Saling saying menyayangi kerana ini akan bagi contoh kepada anak2 nanti.

3. Perhatikan pendapat isteri dan anak2 keran Islam mengajar kita untuk memusyawarah.

4. Tidak meremehkan dan abaikan kedudukan isteri.

5. Sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan rumahtangga daripada orang lain yang memenuhinya. Ingat keperluan bukan kemahuan.

6. Bersikap tenang. Jangan mudah marah. Sebab akan pengaruhi emosi isteri dan anak2.

7. Luangkan masa dengan anak2. Tanyalah masalahnya. Jangan biakan mereka rapat dengan orang lain berbanding kita.

8. Awasi pergerakkan anak2 dan teman2nya.

9. Adil kepada setiap isteri dalam segi pemberian hadiah atau perhatian. Ini untuk suami yang berpoligami.

10. Berjaya mengatur perjalanan hidupnya.

11. Bersikap matang dalam segala hal. Time nak manja dengan isteri tu lain la.

12. Sentiasa tenang ketika melangkah masuk ke rumah.

13. Jangan selalu meninggalkan rumah dan menjadikan rumah hanya tempat untuk tidur. Sebab orang2 yang di rumah sangat memerlukan suami dan bapa.

14. Selalu melontarkan kata-kata yang manis kepada isi rumah dan orang2 sekeliling.

15. Setia kepada isterinya dan jujur dalam setiap perbuatan dan perkataan, termasuk janji yang telah diberikan kepada isteri dan anak2.

16. Jangan lupa member hadiah sesekali kepada isteri dan anak2.

17. Sentiasa membawa isteri dan anak2 berkunjung ke rumah saudara mara untuk mengeratkan silaturahim dan bercuti.

Kepada lelaki, renung2kan selamat beramal.

0 ulasan: